Wartawan Junior


Oke , ,aku nak cite nie . .
tolong dudok betol2 , pandang screen muke blog aku , ,
jangan pandang tempat lain kalau nakk dengor cite aku . .
kalau taknaKK , SILE BANGON DAN ANGKAT KAKI !
haha , intro tah pape jekk , ,oke,cukup intro sampai di sini . .

oke , ,(bape byk punye oke daa) . .aku nak cerita pasal wartawan junior nie . .
ceewaHH ! tittle nak GEMpaK .
nak dimulakan cerita ,aku , aten , yanie , mai , azwa , zarith ,n fieqa telah dilantik menjadi salah seorang pengawas pusat akses . .
tahu ape itu pusat akses taKK?kalau tak tahu malas aku nak bagitahu . .
buka kamus la ye . .
kitorang dah dibagikan tugas . .tugasnya nak kata senang takk jugakk ,
nak kate susah takk gak .
tapi boleh tahan susah lahh..huhu
so , aku dah di bagikan tugas untuk membuat satu laporan untuk di uploadkan kedalam satu laman sesawang sekolah aku . .
tajok laporan yang aku kena buat ialah KEMpeN mEMBACA . .


oke,aku nak tunjuk sikit laporan aku nie . .



Batu Pahat,30 Januari -Pada hari Isnin yang lalu,SMK Dato' Sulaiman telah mengadakan kempen Bulan Membaca.Kempen ini telah diadakan di Dewan Bestari SMK Dato' Sulaiman.Kempen ini sememangnya sering diadakan setiap tahun bagi memupuk minat membaca dikalangan pelajar sekolah ini.Hal ini kerana 'membaca merupakan jambatan ilmu' untuk mengecapi kecemerlangan.

Majlis pelancaran Bulan Membaca ini dimulakan tepat pada pukul 7.20 pagi.Ucapan dimulakan dengan sesi ucapan pengacara yang diterajui oleh pengawas sekolah.Majlis ini dimulakan dengan perhimpunan dan disusuli dengan ucapan perasmian oleh Puan Hjh Noriah bt Nasir selaku pengetua SMK Dato' Sulaiman.Majlis ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan

Majlis ini telah diserikan lagi oleh seorang pelajar tingkatan 2 iaitu adik Nor Azmyra bt Azmi dengan persembahan bercerita.Kemudian , pengetua sekolah dengan iringan Guru Kanan Bahasa,iaitu Pn Hjh Saemah telah memberi beberapa risalah berbentuk akhbar dan majalah untuk setiap tingkatan dan kelas . Pembahagian rislah ini bertujuan untuk menarik minat semua pelajar bagi menyokong kempen ini seterusnya mempratikkan amalan membaca dalam diri pelajar.

Akhir sekali,pembahagian cenderahati kepada pengetua sekolah sebagai tanda terima kasih kerana telah melancarkan kempen ini telah disampaikan oleh Pn Hjh Saemah bt Ariffin.Majlis ini berjalan dengan lancar dan tamat pada pukul 8.30 pagi.Para pelajar di minta bersurai dan belajar seperti biasa.




yes ! akhirnye siap jugak aku punye laporan nie. .
dah boleh hantar kat ms.liyana nie..hehehe



Diari pengarang:Ms.liyana, saya hantar ini laporan sekarang jugak ye. .

4 comments:

  1. hai syuhada.. terime kaseh sebab sudi singgah blog cik ana.. wahhh PENGAWAS PUSAT AKSES ea? mcm best je bunyi die..hehe

    rajin2 buat laporan ye..hehe





    slm kenal,
    cik ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai akak,,btw,thanks follow blik ye..
      insyaAllah lps nie mkin rjin wt lporan..he3..
      bez tw jd pgws pst akses !


      sambut salam,
      syuhada

      Delete
  2. wahhh, ada bakat jadi journalist ni. hehe.

    ReplyDelete
  3. tengs dtg blog akak , pusat akses ? best la adik ni . huhu , done follow u too dear ;)

    ReplyDelete