Ku tawan Puncak Berembun .

23/5-27/5
Halloo ! 
Kengkawan aku sibuk pergi kelas tambahan , study kat rumah , tapi aku sibuk pergi hiking . Sangat luarbiasa bagi mangsa SPM seperti aku . Maklumlah,exam mid year dah lepas,nak release tension la kononnya.
So, dengan senang hati aku ikut akak aku dan kawan kawannya ke Terengganu,Gunung Berembun . 

Alhamdulillah. Aku diberi peluang mendaki gunung dalam keadaan sihat sambil melihat keindahan ciptaan Allah S.W.T yang Maha Kaya. Act,tak perlu ke luar negara untuk melihat keindahan ciptaan Allah sedangkan kat Malaysia ni terlalu banyak keindahan yang masih belum di terokai . 
Tujuan aku ikut sebenarnya semata-mata nak cari pengalaman dan aku memang teringin sangat nak pergi hiking ni.Bila my 'beloved' sister dah offer ,memang tip top la.Melompat kegirangan gua. Ahakss .Bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal.Maka,senyuman yang paling manis gua berikan kepada beliau.


Gunung Berembun,Chemerung Terengganu ini mempunyai ketinggian 1108 meter dan 3405 dari aras laut.First day tidur atas puncak gunung memang buat aku terasa bagaikan berada betul2 di kutub selatan . Sumpah sejuk gila.Menggigil satu badan woi
Suasana berkabus, aman. Rasa semua masalah dalam otak lenyap macam tu je.Memang berbaloi la dapat daki bukit ni.Selain tu,kita boleh uji sendiri sejauh mana stamina kita.Redah pokok berduri, merangkak di bawah batang pokok besar,pertama kali minum air sungai tanpa dimasak, berlari semasa menuruni jalan landai semasa balik, banyak berpeluh, tangan dan kaki calar terkena duri, terjatuh, tergelincir, turun bukit mengunakan tali, lompat dan panjat atas kayu besar, mandi sungai, lalu jalan yang curam,melihat keindahan dan pemandangan gunung ganang dari atas puncak air terjun,dapat tengok kunang2 waktu malam, melihat  taman bonsai di puncak gunung, bergurau dalam khemah beramai-ramai di waktu malam , mendengar kawan2 akak aku bercerita, melihat pemandangan malam dari atas puncak air terjun, berehat seketika ketika tak larat nak panjat . Tapi Alhamdulillah berbekalkan stamina yang tak seberapa ni aku sampai dengan selamat ke tempat perkhemahan. Thanks to akak aku sebab ajak aku melalui pengalaman yang indah ni. Tak sia-sia aku ikut .Walaupun pada akhir perjalanan aku rasa sakit  dari bahu ke betis sampaikan aku rasa nak nangis masa nak naik tangga rumah aku,nak tekan gear motor pun tak boleh.
 Aku pun tak tau macam mana nak cerita. Terlalu banyak cerita .

Biarlah gambar yang berbicara :

Sebelum mendaki .

Nampak tenang je bila tengok gambar ni :*





Wirawati negara *ahakss*

Jambatan gantung !


Puncak Gunung BEREMBUN






Taman Bonzai yang berada di puncak gunung


Air terjun Lata Lansir




Never forget this moment !
*saya pakai baju itu !

Menuruni gunung seawal jam 8 pagi

Puncak gunung


time to say goodbye :*
penat,tapi sempat tersenyum lagi..weeee !

sayang gambar ni :*


3405 Feet :*

Since aku mendaki gunung,banyak pengalaman yang boleh aku adaptasi dalam kehidupan. memang betul kata orang,kalau kita nak berjaya kita mesti harungi banyak cabaran dan halangan sebelum tiba ke puncak kejayaan . Tapi kejayaan itu bergantung kepada usaha diri kita sendiri sama ada ingin meneruskan perjalanan atau berpatah balik di tengah jalan.

In memory 2013
Gunung Berembun