TERISTIMEWA BUAT TATAPAN GURUKU

Biar berjauhan namamu ku sebutkan
Cukup ku tangisi sepi tika pilu menanti
bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
namun kau cahaya jiwa yang lara

oh guru....
ku bahagia pabila kau datang mengajarku
kau lenyapkan segala kebosanan dan
segala persoalan di mindaku
tak usah dikau berjauhan
tak ingin lagi meruntun hiba denagn sesalan ini
ku akui....

segala kemaafan ku pohon darimu
oh...guru
agar kau mengerti hanya
kau yang bisa memberi ku ilmu
tanpamu siapalah aku

LUMRAH KEHIDUPAN


Hidup tidak selalu indah
Kadang-kadang diatas dan ada kalanya dibawah
Ibarat roda yang berputar
Itulah realiti kehidupan di bumi allah yang fana ini

Walau sesusah dan sesibuk mana
Haruslah meluangkan masa
Bermunajat serta menyembah tuhan yang maha esa
Janganlah sesekali kita alpa dan lupa kepadanya

Hari ini kita gembira
Esok lusa kita berduka
Janganlah berasa kecewa
Marilah menadah tangan memohon doaNYA

MUSLIMAH SOLEHAH

Wanita ibarat bunga,cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara.Yang kekal menjadi pujaan manusia,hanyalah wanita yang mulia akhlaknya kerana akhlak itu umpama bunga diri.Tiada guna jika berwajah cantik tetapi berakhlak buruk,tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu.

Ibarat bunga ada yang cantik apabila dipandang tetapi busuk baunya.ada pula yang kurang menarik tetapi baunya menyenangkan.Wanita adalah makhluk ALLLAH yang amat istimewa.Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita.Oleh yang demikian,ALLAH telah menetapkan hukumnya ke atas mereka walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah..


Kerana itulah sebagai anak,dia menjadi anak yang solehah.Sebagai remaja dia akan menjadi remaja berhemah,sebagai isteri ,dia menjadi isteri yang menyenangkan hati suami ,sebagai ibu,dia akan mendidik anak dengan limpahan kasih sayang dan pastinya sebagai hamba ALLAH dia akan menjadi hamba yang tunduk serta pasrah kepada-NYA.

" HARTA YANG PALING BERHARGA DI DUNIA ADALAH WANITA YANG SOLEHAH"

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi Siti Khadijah?
agung cintanya kepada ALLAH dan RasulALLAH
hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
penawar hati kekasih ALLAH
susah dan senang rela bersama...

dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
isteri RasulALLAH yang bijak
pendorong kesusahan dan penderitaan
tiada sukar untuk dilaksanakan

ketika aku marah ingin kuintip
serpihan sabar
dari catatan hidup Siti Sarah

mampukah aku menjadi wanita solehah?
mati dalam keunggulan iman
bersinar indah, harum tersebar
bagai wanginya pusara Masyitah...
Good,
Better,
Best,
Never let it rest,till your good is better and your better is best