Antara gangguan itu adalah:
1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa  ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.
Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan  itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu  mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat  takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.
2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan  mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan  membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang  disebut dengan khinzib.
“Apabila kamu berasakan kehadirannya,  ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun  melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat  Muslim).
3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu  Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud:  “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk  menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan.  Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud  dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah  itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila  dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut  sampai ia tidak mendengar suara azan.
Apabila muazin selesai  azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari.  Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.
Ia akan selalu  bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang  tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat  ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).
5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada  syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi  seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu  pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada  zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya  Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia  kerjakan belum sah.
Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila  kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada  al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk  (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.
Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan  lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari  dan Muslim).
6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud.  Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya  selepas solat.
“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana  perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang  dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya?  “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya  dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud.  “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata  Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).
7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu  akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul  ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga  perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang  diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah  hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian  syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).
8) Menguap dan mengantuk
Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada  syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis  Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada  pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang  mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti  syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
9) Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana  yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu  daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas’ud berkata,  “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat  sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak  lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan  pelbagai cara.”
10) Terasa ingin buang angin atau buang air
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian  bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya  atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin  mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat  Muslim).
Firman Allah S.W.T Bermaksud:“Telah berjayalah  orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam  sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].
Bagi yang  berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus  asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.Semoga ia beroleh manfaat  dan sentiasa mempertingkatkan mutu ibadah kepada Allah S.W.T
 
 
 
No comments:
Post a Comment