10 Gangguan syaitan ketika solat


Antara gangguan itu adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.


Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan


Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan


Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat


Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).


8) Menguap dan mengantuk
Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat


Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).

Firman Allah S.W.T Bermaksud:“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.Semoga ia beroleh manfaat dan sentiasa mempertingkatkan mutu ibadah kepada Allah S.W.T



25 Disember 2011

Gunting Rambut


ary rabu yang lepas,aku g kedai gunting rambut...wat pe?potong rambut lah...
aq memang plan nak potong rambut pendek2..tapi aq ada terbaca satu artikel yang berbunyi camni...

~Tidak halal bagi wanita memotong rambutnya sehingga menyerupai lelaki.kerana syarak melarang wanita menyerupai lelaki,dalam hadis tersebut bermaksud:

Rasulullah Sallahuallahu Alaihi Wassalam melaknat wanita yang menyerupai lelaki , dan lelaki yang menyerupai wanita.

Kata Syeikh Uthaimin:Perbuatan wanita memotong rambut sehingga menyerupai lelaki adalah termasuk dalam dosa2 besar.

-Hukum ini tidak berbeza antara yang mendedahkan rambutnya di hadapan orang lain,atau tidak mendedahkan rambutnya.Bagi yang mendedahkan rambutnye,dosanya lebih besar kerana mendedahkan aurat.

-Adapun memotong rambut yang panjang supaya menjadi lebih pendek , tanpa menyerupai lelaki maka tidak ada larangan daripada syarak..



~so,conclusionnya,jangan potong terlalu pendek..

.................................7A 1B.................................

keputusan PMR yang aku dapat...hahaha,,oke la..
nak sedey pon dh x guna dh,,dh dpt resultnye...
anyway congrats jugak untuk kekawan aku yg berjaya dapat straight...


  • fara izzati
  • yanie
  • mai
  • zarith


and kwn2 aq yg len yg dpt result sma gak ngn aku...kite mesti redha dengan ape yang berlaku..mungkin bukan rezeki kite..ALLAH tahu yang terbaik untuk hambanya...cikgu Rosmiza,terima kasih bagi kate2 ini...

FATIN,NADJWA,NAJMI,KAMAL,(yg aku tahu la)...

hmm,,bak kate fatin..."PMR is the PAST,spm IS THE TRUE FUTURE"

Ape2 pon aku redha dengan ketentuan Mu...

mungkin belom banyak usaha yang aku lakukan b4 PMR...

terima kasih juga untuk kawan2,guru2,keluarga yg dh bagi support kt aku..

makcik n pakcik aku yang tenangkan aku mase dapat result....

ibu yang sentiase ad kat sisi aku,,temankan aku...

walaupun ibu sedih,ibu tetap bagi senyuman dan kata2 semangat...

maafkan angah bu...

dulu angah pernah bagi ibu 8a dpt result trial,tapi maaf x ley bagi ibu keputusan sebagus itu untuk PMR sebenar....


maafkan anak mu ini ibu,sebab x dapat banggakan ibu untuk kali ke 2...

UPSR 4 A 1B (2008)

PMR 7A 1B (2011)


angah tahu angah dah kecewakan ibu,atok,n ayah..

tapi terima kasih juga bagi semangat untuk terus berusaha kelak..

maafkan saye!!!!

Christina Perri - A Thousand Years





featuring "A Thousand Years"

ok2,ni lagu soundtrack untuk cite favret aku...breaking dawn
suke sangat ngan cite ni..
nak tengok kat cinema x sempat lak.
tapi tak pe..
aku akan tunggu sampai cite ni kuar kt SMV...







Result PMR 22 Disember

bagi calon PMR 2011 mesti rase kan apa yang aku rasa sekarang ni...yela,result kuar kamis ni 22 disember...Lagi 1 ari 2..fuyoo,,seram satu badan..makan x kenyang,mndi tak basah2..senang cite sume keje yang aku wat x senang la..

macam2 yang aku fikir pasal result..gile takot la...harap2 keputusannya membanggakan kedua2 parents aku..coz aq lom penah banggakan dorang ag..aq harap sgt2 AMINN...

So,law korg x ley hadirkn diri ke sekolah untuk amek result nanti macam aku ni,korang ley la mesej and guna cara cam ni ye: