Hidup tidak selalu indahKadang-kadang diatas dan ada kalanya dibawah Ibarat roda yang berputarItulah realiti kehidupan di bumi allah yang fana ini Walau sesusah dan sesibuk manaHaruslah meluangkan masa Bermunajat serta menyembah tuhan yang maha esaJanganlah sesekali kita alpa dan lupa kepadanya Hari ini kita gembiraEsok lusa kita berduka Janganlah berasa kecewaMarilah menadah tangan memohon doaNYA
Wanita ibarat bunga,cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara.Yang kekal menjadi pujaan manusia,hanyalah wanita yang mulia akhlaknya kerana akhlak itu umpama bunga diri.Tiada guna jika berwajah cantik tetapi berakhlak buruk,tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu. Ibarat bunga ada yang cantik apabila dipandang tetapi busuk baunya.ada pula yang kurang menarik tetapi baunya menyenangkan.Wanita adalah makhluk ALLLAH yang amat istimewa.Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita.Oleh yang demikian,ALLAH telah menetapkan hukumnya ke atas mereka walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.. Kerana itulah sebagai anak,dia menjadi anak yang solehah.Sebagai remaja dia akan menjadi remaja berhemah,sebagai isteri ,dia menjadi isteri yang menyenangkan hati suami ,sebagai ibu,dia akan mendidik anak dengan limpahan kasih sayang dan pastinya sebagai hamba ALLAH dia akan menjadi hamba yang tunduk serta pasrah kepada-NYA. " HARTA YANG PALING BERHARGA DI DUNIA ADALAH WANITA YANG SOLEHAH"